Sharing knowledge about Computer system and Networking course.

Post Top Ad

Pages

Friday 17 February 2017

Perisian pada komputer ( Software )

Apa khabar korang semua?Terlebih dahulu aku nak minta maaf pada korang sebab dah 3 hari kan aku tak post apa-apa entri!Sebenarnya,sejak 3 hari ni aku sangat penat , bila balik dari kv aku mesti tertidur sampai tak ingat dunia hehe.😫Anyways untuk tajuk entri hari ini ialah Software.Aku akan terangkan apa itu OS , Perisian utiliti dan lain-lain lagi.Berminat?Tunggu apa lagi?Jom baca!πŸ˜ƒπŸ˜„


PERISIAN PADA KOMPUTER

Perisian Sistem Pengoperasian

Definisi
Apa itu Perisian Sistem Pengoperasian?

  • Sistem pengoperasian atau lebih dikenali sebagai operating system (OS) adalah set program-program yang dipasang dalam cakera keras ( hard disk/hard drive).Oleh itu, tanpa OS, sesebuah komputer langsung tidak berguna atau tidak beroperasi.



Fungsi

  • Menghidupkan dan mematikan komputer.
  • Menguruskan data dan perisian lain.
  • Menguruskan ingatan utama (RAM).
  • Menguruskan perkakasan dan persisian lain(peripheral).


Ciri sistem pengoperasian

  • Mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan.
  • Menyedia antara muka pengguna.
  • Membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pengguna.



Perisian aplikasi dan Utiliti.

Perisian aplikasi

  • Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk memudahkan membantu pengguna dalam melakukan tugas seharian seperti menaip, mengira atau membuat grafik.
  • Perisian aplikasi juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks, imej dan maklumat lain di laman web semasa melayari internet.


Contoh perisian aplikasi

  • Perisian pemprosesan perkataan
  • Perisian hamparan elektronik
  • Perisian persembahan
  • Perisian pangkalan data
  • Perisian grafik
  • Pelayan internet


Pemprosesan Perkataan (Word Processing)




  • Perisian pemprosesan perkataan merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, mengformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.
  • Contoh: Microsoft Word , Lotus AMI ProCorel WordPerfect dan Star Office Writer.


Hamparan Elektronik (Spreadsheet)




  • Merupakan perisian komputer yang meniru helaian kerja kertas. Ia memaparkan banyak sel yang bersama membentuk grid yang terdiri dari baris dan jalur, setiap sel mengandungi sama ada teks angka abjad atau nilai nombor.
  • Contoh: Microsoft Excel , Lotus 123 serta FoxPro.


Pangkalan Data (Database)




  • Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.
  • Contoh: Microsoft Access.


Perisian Persembahan (Presentation)




  • Perisian persembahan mutlimedia ialah aplikasi komputer yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam bentuk persembahan yang ringkas dan padat
  • Contoh: Microsoft PowerPoint , Harvard Graphic dan juga Lotus Freelance.


Perisian Persembahan Grafik




  • Perisian grafik merupakan perisian utama yang diperlukan bagi menghasilkan / meminda elemen-elemen grafik yang bersifat statik.

Contoh perisian grafik

  • Microsoft Paint atau Paint Brush (aplikasi sedia ada di dalam Microsoft Windows)


  • Perisian yang lebih canggih dan kompleks seperti Adobe Photoshop , Corel Painter , Paint Shop Pro , Corel Photo Paint , Photo Impact dan lain-lain.


Perisian  Utiliti

  • Perisian utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian utiliti telah lama disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendalian utama.
  • Contoh : Disk clean-up Disk defragmenter Perisian antivirus Penjagaan cakera keras , dan Sistem sokongan (back-up).

No comments:

Post a Comment