Sharing knowledge about Computer system and Networking course.

Post Top Ad

Pages

Saturday 18 February 2017

Batch 1999

Apa khabar korang semua??Sihat?Terlebih dahulu aku minta maaf sebab entri hari ini lari topik hehe sekali-sekala takpe kan?Sebenarnya aku saja post benda ini untuk kurangkan tekanan dalam mencari topik komputer yang hendak aku sampaikan.

Cerita yang aku nak ketengahkan adalah tentang "batch 99".Pelik atau tidak , sebenarnya banyak benda yang batch 99 lalui berbanding batch 2000 dan keatas.Ramai kata , batch 99 adalah batch yang teruk kerana prestasi pelajar yang merosot bermula dari 2014 betul kan?



Punca mengapa prestasi para pelajar yang merosot ini bukan sahaja berpunca dari kelekaan melayari internet , malahan , sikap ibu bapa dan tindakan kementerian pelajar malaysia yang mengubah format pembelajaran dan peperiksaan di saat-saat akhir juga menjadi punca.Ketiga-tiga punca ini memberi impak besar kepada pelajar di Malaysia,Tambahan lagi , negara asia tenggara seperti Vietnam , Thailand dan Singapura pula melonjak naik dipersada dunia kerana prestasi pendidikan dan pelajar yang cemerlang.Pelik bukan?Negara Vietnam yang kita sedia maklum kurang infrastruktur dari segi pendidikan dan kewangan turut cemerlang dalam pendidikan.

Punca yang pertama aku akan huraikan ialah ,para pelajar bukan sahaja dari golongan "batch 99" malahan batch lain juga yang leka melayari internet.Aplikasi seperti Facebook , Instagram , Whatsapp dan WeChat bukan lagi nama asing bagi pelajar atau remaja masa kini.Akibat kelalaian mereka melayari internet , mereka menjadi malas atau kata lain yang lebih sopan , "kurang berminat dengan belajar".

Seterusnya,sikap ibu bapa juga memberi impak dalam penurunan prestasi pelajar-pelajar.Terdapat sesetengah golongan ibu bapa yang terlalu memaksa anak mereka terutama golongan "batch 99" belajar.Berikutan dengan terjadinya sistem pembelajaran PBS (pentaksiran berasaskan sekolah) , ramai ibu bapa terlalu memaksa anak mereka mencapai Band 6 iaitu pencapaian maksimum.Golongan pelajar inilah yang tertekan sehingga terjadinya kes bunuh diri akibat tertekan , lari dari rumah , tidak bersemangat belajar mahupun ponteng sekolah.

Selain itu , tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang terlampau terburu-buru ingin menjadikan Malaysia sebagai negara dengan prestasi pelajaran terbaik di dunia menjadi punca paling utama.Manakan tidaknya , pada tahun 2012 , ketika "batch 99" baru melangkah ke sekolah menengah , format pembelajaran yang baru diperkenalkan.Berita itu amat memeranjatkan pelajar yang tidak diberitahu pada awalnya.Oleh itu , pelajar ini tertekan dengan sistem pembelajaran baharu kerana masih terpinga-pinga dengan keadaan baharu.Mereka dipaksa mencapai band dikehendaki iaitu minima Band 3 dan maksimum band 6.Bagi pelajar atasan , mereka menganggap ia perkara mudah namun sebaliknya sukar.Masuk ke tahun 2014 pula , berita menggemparkan bagi pelajar diterima.Peperiksaan PMR dibubarkan.Pada awalya ianya menggembirakan para pelajar "batch 99".Namun indah khabar dari rupa apabila format peperiksaan yang baru diperkenalkan iaitu PT3.

Berita tentang PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 amat membimbangkan pelajar dan guru.Hal ini kerana tarikh pengumuman pt3 diperkenalkan ialah 1 April manakala ujian kajian kes bagi sejarah dan geografi pula pada awal bulan Julai.Ujian mendengar pula dilangsungkan pada bulan Ogos.Lebih mengejutkan , ujian bertulis PT3 diadakan pada 13-16 Oktober.Para guru dijanjikan beban berkurangan sehingga 80 peratus namun KPM bagai menanam tebu ditepi bibir.Sebaliknya guru terbeban dengan format baharu.Manakan tidaknya , buku latihan dan contoh soalan PT3 masih belum diterbitkan dan format ujian bertulis yang dirahsiakan.Hanya pada hujung tarikh ujian bertulis , barulah KPM memberitahu format ujian PT3.Bagi pelajar "Batch 99" ia amat memberi tekanan dan mendukacitakan mereka.Akibatnya , prestasi PT3 mereka merosot dengan drastik.Jumlah pelajar yang memperoleh straight A juga amat sedikit.Akibatnya mereka dikecam dengan prestasi yang teruk.

Kesimpulannya apa yang ingin aku sampaikan adalah punca prestasi "batch 99" merosot pada tahun 2012-2014 bukan sahaja berpunca dari pelajar sendiri malahan sikap ibu bapa dan tindakan KPM yang terburu juga menjadi punca besar mengapa prestasi merosot.

Aku sendiri merupakan "batch 99" dan pernah merasai kesemua itu.Tetapi aku bernasib baik keputusan peperiksaan aku atas pagar dan tidak gagal(3A dan yang lain aku lupa huhu).Jadi oleh kerana aku takut apa-apa terjadi pada SPM , maka aku pindah ke KV untuk mengelakkan diri dari mengambil SPM *gelak besar* .

Jadi aku harap tak ada lagi isu yang dibangkitkan mengenai prestasi buruk pelajar "Batch 99".Tidak lupa juga , keputusan SPM 2016 juga akan keluar tidak lama lagi.Semoga pelajar "Batch 99" mendapat keputusan cemerlang!Amin....

Setakat ini sahaja topik kita tentang Batch 1999.Semoga para pembaca sihat selalu dan semoga kita berjumpa lagi dalam entri yang berikutnyaπŸ‘ŠπŸ‘Œ!! Chiaww!!πŸ‘‹πŸ‘‹

No comments:

Post a Comment