Sharing knowledge about Computer system and Networking course.

Post Top Ad

Pages

Tuesday 7 February 2017

Komponen dalam Motherboard Part 3

πŸ‘‹Assalamualaikum guys hari ini macam aku janjikan , aku akan terangkan tentang komponen motherboard part 3 kan?Komponen yang aku maksudkan ialah Chipset.Terdapat dua Chipset iaitu Northbridge dan Southbridge.Untuk maklumat lebih lanjut korang kena baca dulu.πŸ‘‹

CHIPSET




NORTHBRIDGE 
  • Suatu northbridge secara umum boleh dikatakan lebih memberi kesan kepada prestasi mainboard berbanding dengan southbridge. Hal ini disebabkan northbridge ini boleh mengendalikan processor, memori utama, kad grafik, dan bahkan southbridge.
  • Fungsinya yang menghubungkan beberapa komponen di atas itulah, menyebabkan northbridge sangat mempengaruhi prestasi dari sistem.
  • Processor-processor terbaru memerlukan northbridge yang baru juga agar dapat berfungsi dengan baik. Baru-baru ini saluran memori utama berkembar menjadi trend. Keupayaan untuk menyokong saluran memori utama berkembar ini jelas ditentukan oleh northbridge yang digunakan.
  • Masalah mengenai kekerapan kerja dan timing dari memori utama juga dipengaruhi oleh northbridge ini.
  • Untuk processor, northbridge ini jelas memberi kesan kepada FSB (Front Side Bus) yang disokong dan ciri yang disokong contohnya Hyper-Threading.
  • Jenis memori utama dan processor yang disokong juga ditentukan oleh northbridge ini.Perkara yang sama juga berlaku untuk kad grafik.
  • Kad grafik masa kini boleh dikatakan hampir semuanya menggunakan antara muka AGP. Sokongan pada versi AGP yang digunakan juga jelas diberikan oleh northbridge.
  • Sebelum adanya AGP, kad grafik menggunakan antara muka PCI dan tidak dihubungkan secara langsung dengan northbridge.










SOUTHBRIDGE 
  • Southbridge adalah salah satu dari dua cip pada chipset yang mengawal bas IDE, USB, sokongan Plug dan Play, merapatkan PCI dan ISA, mengawal keyboard dan mouse, ciri power management dan peranti lain. Chip lain adalah Northbridge.Salah satu dari dua cip pada chipset yang menghubungkan pemproses ke memori system dan bas AGP dan PCI.
  • Southbridge ini tugasnya boleh dikatakan untuk menangani komponen lain yang tidak dikendalikan oleh northbridge.
  • Southbridge ini menangani hal-hal seperti PCI, USB, kad suara onboard, IDE, dan beberapa perkara lain.
  • Prestasi sistem juga akan dipengaruhi oleh southbridge ini.
  • Bila southbridge tidak menyokong antara muka ATA berkelajuan tinggi misalnya, prestasi sistem khususnya yang sering mengakses hard disk akan terbantut.
  • Selain masalah prestasi harddisk, prestasi sistem juga boleh dipengaruhi oleh kad tambahan lain yang dipasang pada PCI. Bila prestasi PCI yang tersedia tidak baik, prestasi sistem juga akan terganggu.
  • Kad suara onboard AC'97 misalnya, prestasinya akan dipengaruhi oleh southbridge yang memang mengandungi AC'97 Controller.
  • Akan tetapi,sehebat manapun prestasi dari southbridge, southbridge ini masih lagi dihubungkan ke northbridge. Oleh kerana itu, besarnya bandwidth yang tersedia antara southbridge dengan northbridge ini juga boleh memberi kesan kepada prestasi dari komputer itu.


    So untuk komponen Motherboard setakat ini sahaja.Untuk next entry?Nantikan dan teruskan membaca.

    πŸ‘ŒP/s : Kepada student-student komputer , nak copy untuk assignment dipersilakan tapi jangan sebijik- sebijik sebab  aku pun pernah buat dan kantoiπŸ˜†.Sekarang ni ada satu software yang biasanya cikgu akan gunakan untuk periksa sama ada kita copy bulat-bulat atau tidak.So hati-hati meniru dan jangan lupa share because Sharing is Caring haha πŸ˜‚ Chiaww!!πŸ‘Œ

No comments:

Post a Comment