Sharing knowledge about Computer system and Networking course.

Post Top Ad

Pages

Sunday 5 February 2017

Komponen dalam Motherboard part 1

πŸ‘‹Assalamualaikum gais, pada entry kali ini aku akan ceritakan tentang komponen yang terdapat dalam Motherboard.πŸ‘‹

Processor?
*Gambarajah Processor*


Processor ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian(software). Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Kebiasaannya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.


RAM?

Ram atau nama panjangnya Random Access Memory adalah salah satu storan (storage) bagi komputer.Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan contohnya game. Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras atau cakera optik yang mempunyai ingatan secara kekal. RAM digunakan kerana ingatan (memory) sementara tersebut boleh dicapai dengan rawak dangan kadar yang lebih pantas. Oleh itu, lebih besar ruang (diukur dengan Byte) dan kelajuan (diukur dengan Hertz) sesuatu RAM sangat mempengaruhi potensi sesebuah komputer.

Jumlah kapasiti yang lebih besar diperlukan dalam perisian-perisian CGI, permainan berkomputer dan simulator. Ini adalah kerana perisian tersebut lebih banyak menyimpan ingatan sementara.

Akan tetapi , RAM juga terdiri daripada pelbagai jenis iaitu :

1.DRAM (Dynamic  Random Access Memory)
2.SDRAM (Sychronous Dynamic Random Access Memory)
3.RDRAM (Rambus  Dynamic Random Access Memory)
4.SRAM (Static Random Access Memory)
5.EDORAM (Extended Data Out Random Access Memory)
6.VRAM (Video Random Access Memory)

CABLE?


*Gambarajah kabel PATA dan SATA(kabel IDE/EIDE adalah PATA)*

  • Digunakan untuk menghubungkan Hard Disk (juga CD Drive, Floppy Drive) kepada motherboard.
  • IDE (Integrated Drive/Device Electronics) ialah kabel bus yang digunakan untuk menghubungkan Hard Disk (juga CD Drive, Floppy Drive) kepada motherboard.IDE cable juga disebut sebagai PATA (Parallel Advanced Technology Attachment) iaitu kabel ATA berjenis selari.
  • SATA (Serial SATA) pula adalah teknologi terbaru bagi menggantikan IDE. Penggunaannya sama seperti IDE, tetapi mempunyai banyak kelebihan berbanding IDE.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN

   Parallel ATA ( IDE/EIDE ) 
* Dikenali juga sebagai IDE ( Intergrated Drive / Device     Electronics). 
* Terdapat pelbagai jenis antaranya ialah  ATA66,ATA100,ATA133 
* Harga HDD bagi IDE ialah mahal. 
* Penggunaan elektrik yang lebih banyak. 
* Performance IDE yang tidak laju. 
* Mempunyai  40 / 80 Kabel Pin. 
* Hampir tidak digunakan pada zaman kini kerana prestasi yang tidak memuaskan.



   Serial ATA (SATA) 
* Lebih laju dan kemas dari IDE 
* Soket yang tidak sama seperti IDE 
* Terdapat pelbagai jenis SATA antaranya ialah SATA1, SATA2, SATA3, SATA4. 
* Ada juga eSATA yang boleh digunakan untuk sambung ke HDD external. 
* Harga SATA lebih murah dan lebih laju.
* Wayar yang tidak berselerak,kemas  dan warnanya mempunyai banyak pilihan .
* Penggunaan elektrik yang lebih menjimatkan. 
Oklah gais untuk entry kali ini setakat ini sahaja.Untuk Komponen dalam Motherboard part 2 akan dihuraikan lagi pada entry seterusnya.Jika ada kemusykilan atau pertanyaan jangan malu untuk komen dan bertanya jangan risau sebarang komen akan dibalas secepat mungkin Insya Allah.Nanti kan entry seterusnya ok?πŸ‘ŒπŸ‘Œ Chiaww!

No comments:

Post a Comment