Sharing knowledge about Computer system and Networking course.

Post Top Ad

Pages

Tuesday 21 February 2017

21:07

HDD (HARD DISK DRIVE)

✌✋πŸ‘‹Apa khabar para pembaca sekalian?Untuk tajuk hari ini aku akan kongsikan tentang apa itu Hard Disk Drive.Hard disk ini boleh dikatakan wajib ada kerana ia menyimpan fail-fail os yang kita install.Tak percaya?Cuba cabutkan Hard disk korang (internal tau bukan external)☝.Pasti sangkut bila try nak start sama ada keluar sama ada missing bootmgr,hard disk inecessible dan lain-lain.

NTFS (NEW TECHNOLOGY FILE SYSTEM)

NTFS berasal dari HPFS sistem fail dengan kerjasama Microsoft dan juga IBM. NTFS hadir pada mulanya hanya untuk platform Windows NT. Akan tetapi ia telah berkembang dan muncul dalam versi Windows terbaru seperti Vista, XP dan seterusnya.Ia juga menyokong harddisk berkapasiti lebih dari 20GB.

HARD DISK DRIVE & SOLID STATE DRIVE

HARD DISK DRIVE (HDD)



HDD menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada (platter) yang akan berputar. Semakin laju platter tersebut berputar, maka semakin pantas respon HDD tersebut(eceh macam jawab soalan sains pulak hehe). HDD yang berada dipasaran kebiasaanya diantara 5400 RPM (Rotation Per Minutes) atau 7200 RPM. Tetapi terdapat juga HDD yang mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM! HDD juga mempunyai 2 saiz yang berbeza yakni 2.5 inci (selalunya digunakan pada laptop atau external harddisk) dan 3.5 inci. Selain daripada saiznya , perbezaan connector juga dapat dilihat. Antara 2 jenis connector yang diketahui iatu IDE dan SATA.



Gambarajah kanan menunjukkan IDE HDD manakala kiri ialah SATA HDD
*nampak sama tetapi masih boleh dibezakan pada port hard disk tersebut*☝

  

SOLID STATE DRIVE (SSD)



SSD ini menyerupai pendrive dan telah diperbesarkan kapasitinya. SSD ini diperbuat dari NAND-based flash memory atau dengan erti lain ia menggunakan non-volatile memory. Disebabkan SSD tidak mempunyai piring yang berputar, ia mampu mempercepatkan proses pemindahan data. Hingga ke saat ini, SSD hanya mempunyai satu saiz sahaja iaitu 2.5 inci. Kabel sambungan menggunakan soket SATA.



MASTER & SLAVE

Penggunaan istilah master dan slave biasanya digunakan jika kita menggunakan dua buah hardisk atau lebih (SATA atau IDE). Hard disk master adalah hard disk yang mengandungi OS (operating sistem seperti Windos XP, Vista, dan lain-lain) manakalu hard disk slave bermaksud hardisk kedua atau seterusnya yang digunakan untuk menyimpan data. Hard disk Master mempunyai bahagian Primary master dan secondary master. Begitu juga Slave. 

SATA & PATA(IDE)

PATA (IDE) dan SATA adalah dua jenis antara muka untuk menyambung peranti penyimpanan (seperti hard disk) kepada sistem bas komputer. SATA bermaksud Serial Advanced Technology Attachment (atau Serial ATA) dan IDE juga dikenali sebagai Parallel ATA atau PATA. SATA adalah pemacu standard dan SATA lebih baru lebih cepat daripada PATA (IDE) pemacu. Selama bertahun-tahun ATA menyediakan sistem biasa dan antara muka paling murah. Pada awal tahun 2007, SATA telah banyak menggantikan IDE dalam semua sistem baru.
Berikut adalah perbezaan antara SATA dan PATA:

SATA

Acronym  

  • Serial ATA atau Serial Advanced Technology Attachment


Kelebihan 

  • Murah dan mempunyai kapasiti simpanan yang besar.

Kekurangan

  • Kurang sesuai untuk pelayan(server)


Kelajuan


  • Pemindahan data pada kadar 150MB/ s hingga 600MB / s.


Tahun dicipta

  • 2003



PATA


Acronym
  • IDE: Integrated Drive Electronics 
  • PATA: Parallel Advanced Technology Attachment

Kelebihan
  • Kesusaian yang maksimum

Kekurangan
  • Tidak mempunyai sokongan untuk teknologi baru seperti native command queing dan hot plugging hard drives

Kelajuan
  • Pemindahan data pada kadar sehingga 133 MB/ s

Tahun dicipta
  • 1986

Jadi macam mana menarikkan topik hari ini✋?Ada ilmu baharu yang korang dapat?Kalau ada topik yang hendak aku ketengahkan , jangan segan untuk email aku atau komen pada ruangan komen di bawahπŸ‘.Jangan lupa followπŸ‘Œ!(Bukan paksaan laaaaa).Kongsikan pada rakan tak kisah di Facebook ataupun media social lain.Support blogger melayu bebπŸ‘πŸ‘Œ!!Hehe chiawwwww✊πŸ‘ŠπŸ‘‹πŸ‘‹!!


Saturday 18 February 2017

17:59

Batch 1999

Apa khabar korang semua??Sihat?Terlebih dahulu aku minta maaf sebab entri hari ini lari topik hehe sekali-sekala takpe kan?Sebenarnya aku saja post benda ini untuk kurangkan tekanan dalam mencari topik komputer yang hendak aku sampaikan.

Cerita yang aku nak ketengahkan adalah tentang "batch 99".Pelik atau tidak , sebenarnya banyak benda yang batch 99 lalui berbanding batch 2000 dan keatas.Ramai kata , batch 99 adalah batch yang teruk kerana prestasi pelajar yang merosot bermula dari 2014 betul kan?



Punca mengapa prestasi para pelajar yang merosot ini bukan sahaja berpunca dari kelekaan melayari internet , malahan , sikap ibu bapa dan tindakan kementerian pelajar malaysia yang mengubah format pembelajaran dan peperiksaan di saat-saat akhir juga menjadi punca.Ketiga-tiga punca ini memberi impak besar kepada pelajar di Malaysia,Tambahan lagi , negara asia tenggara seperti Vietnam , Thailand dan Singapura pula melonjak naik dipersada dunia kerana prestasi pendidikan dan pelajar yang cemerlang.Pelik bukan?Negara Vietnam yang kita sedia maklum kurang infrastruktur dari segi pendidikan dan kewangan turut cemerlang dalam pendidikan.

Punca yang pertama aku akan huraikan ialah ,para pelajar bukan sahaja dari golongan "batch 99" malahan batch lain juga yang leka melayari internet.Aplikasi seperti Facebook , Instagram , Whatsapp dan WeChat bukan lagi nama asing bagi pelajar atau remaja masa kini.Akibat kelalaian mereka melayari internet , mereka menjadi malas atau kata lain yang lebih sopan , "kurang berminat dengan belajar".

Seterusnya,sikap ibu bapa juga memberi impak dalam penurunan prestasi pelajar-pelajar.Terdapat sesetengah golongan ibu bapa yang terlalu memaksa anak mereka terutama golongan "batch 99" belajar.Berikutan dengan terjadinya sistem pembelajaran PBS (pentaksiran berasaskan sekolah) , ramai ibu bapa terlalu memaksa anak mereka mencapai Band 6 iaitu pencapaian maksimum.Golongan pelajar inilah yang tertekan sehingga terjadinya kes bunuh diri akibat tertekan , lari dari rumah , tidak bersemangat belajar mahupun ponteng sekolah.

Selain itu , tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang terlampau terburu-buru ingin menjadikan Malaysia sebagai negara dengan prestasi pelajaran terbaik di dunia menjadi punca paling utama.Manakan tidaknya , pada tahun 2012 , ketika "batch 99" baru melangkah ke sekolah menengah , format pembelajaran yang baru diperkenalkan.Berita itu amat memeranjatkan pelajar yang tidak diberitahu pada awalnya.Oleh itu , pelajar ini tertekan dengan sistem pembelajaran baharu kerana masih terpinga-pinga dengan keadaan baharu.Mereka dipaksa mencapai band dikehendaki iaitu minima Band 3 dan maksimum band 6.Bagi pelajar atasan , mereka menganggap ia perkara mudah namun sebaliknya sukar.Masuk ke tahun 2014 pula , berita menggemparkan bagi pelajar diterima.Peperiksaan PMR dibubarkan.Pada awalya ianya menggembirakan para pelajar "batch 99".Namun indah khabar dari rupa apabila format peperiksaan yang baru diperkenalkan iaitu PT3.

Berita tentang PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 amat membimbangkan pelajar dan guru.Hal ini kerana tarikh pengumuman pt3 diperkenalkan ialah 1 April manakala ujian kajian kes bagi sejarah dan geografi pula pada awal bulan Julai.Ujian mendengar pula dilangsungkan pada bulan Ogos.Lebih mengejutkan , ujian bertulis PT3 diadakan pada 13-16 Oktober.Para guru dijanjikan beban berkurangan sehingga 80 peratus namun KPM bagai menanam tebu ditepi bibir.Sebaliknya guru terbeban dengan format baharu.Manakan tidaknya , buku latihan dan contoh soalan PT3 masih belum diterbitkan dan format ujian bertulis yang dirahsiakan.Hanya pada hujung tarikh ujian bertulis , barulah KPM memberitahu format ujian PT3.Bagi pelajar "Batch 99" ia amat memberi tekanan dan mendukacitakan mereka.Akibatnya , prestasi PT3 mereka merosot dengan drastik.Jumlah pelajar yang memperoleh straight A juga amat sedikit.Akibatnya mereka dikecam dengan prestasi yang teruk.

Kesimpulannya apa yang ingin aku sampaikan adalah punca prestasi "batch 99" merosot pada tahun 2012-2014 bukan sahaja berpunca dari pelajar sendiri malahan sikap ibu bapa dan tindakan KPM yang terburu juga menjadi punca besar mengapa prestasi merosot.

Aku sendiri merupakan "batch 99" dan pernah merasai kesemua itu.Tetapi aku bernasib baik keputusan peperiksaan aku atas pagar dan tidak gagal(3A dan yang lain aku lupa huhu).Jadi oleh kerana aku takut apa-apa terjadi pada SPM , maka aku pindah ke KV untuk mengelakkan diri dari mengambil SPM *gelak besar* .

Jadi aku harap tak ada lagi isu yang dibangkitkan mengenai prestasi buruk pelajar "Batch 99".Tidak lupa juga , keputusan SPM 2016 juga akan keluar tidak lama lagi.Semoga pelajar "Batch 99" mendapat keputusan cemerlang!Amin....

Setakat ini sahaja topik kita tentang Batch 1999.Semoga para pembaca sihat selalu dan semoga kita berjumpa lagi dalam entri yang berikutnyaπŸ‘ŠπŸ‘Œ!! Chiaww!!πŸ‘‹πŸ‘‹

Friday 17 February 2017

01:05

Perisian pada komputer ( Software )

Apa khabar korang semua?Terlebih dahulu aku nak minta maaf pada korang sebab dah 3 hari kan aku tak post apa-apa entri!Sebenarnya,sejak 3 hari ni aku sangat penat , bila balik dari kv aku mesti tertidur sampai tak ingat dunia hehe.😫Anyways untuk tajuk entri hari ini ialah Software.Aku akan terangkan apa itu OS , Perisian utiliti dan lain-lain lagi.Berminat?Tunggu apa lagi?Jom baca!πŸ˜ƒπŸ˜„


PERISIAN PADA KOMPUTER

Perisian Sistem Pengoperasian

Definisi
Apa itu Perisian Sistem Pengoperasian?

  • Sistem pengoperasian atau lebih dikenali sebagai operating system (OS) adalah set program-program yang dipasang dalam cakera keras ( hard disk/hard drive).Oleh itu, tanpa OS, sesebuah komputer langsung tidak berguna atau tidak beroperasi.



Fungsi

  • Menghidupkan dan mematikan komputer.
  • Menguruskan data dan perisian lain.
  • Menguruskan ingatan utama (RAM).
  • Menguruskan perkakasan dan persisian lain(peripheral).


Ciri sistem pengoperasian

  • Mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan.
  • Menyedia antara muka pengguna.
  • Membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pengguna.



Perisian aplikasi dan Utiliti.

Perisian aplikasi

  • Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk memudahkan membantu pengguna dalam melakukan tugas seharian seperti menaip, mengira atau membuat grafik.
  • Perisian aplikasi juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks, imej dan maklumat lain di laman web semasa melayari internet.


Contoh perisian aplikasi

  • Perisian pemprosesan perkataan
  • Perisian hamparan elektronik
  • Perisian persembahan
  • Perisian pangkalan data
  • Perisian grafik
  • Pelayan internet


Pemprosesan Perkataan (Word Processing)




  • Perisian pemprosesan perkataan merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, mengformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.
  • Contoh: Microsoft Word , Lotus AMI ProCorel WordPerfect dan Star Office Writer.


Hamparan Elektronik (Spreadsheet)




  • Merupakan perisian komputer yang meniru helaian kerja kertas. Ia memaparkan banyak sel yang bersama membentuk grid yang terdiri dari baris dan jalur, setiap sel mengandungi sama ada teks angka abjad atau nilai nombor.
  • Contoh: Microsoft Excel , Lotus 123 serta FoxPro.


Pangkalan Data (Database)




  • Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.
  • Contoh: Microsoft Access.


Perisian Persembahan (Presentation)




  • Perisian persembahan mutlimedia ialah aplikasi komputer yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam bentuk persembahan yang ringkas dan padat
  • Contoh: Microsoft PowerPoint , Harvard Graphic dan juga Lotus Freelance.


Perisian Persembahan Grafik




  • Perisian grafik merupakan perisian utama yang diperlukan bagi menghasilkan / meminda elemen-elemen grafik yang bersifat statik.

Contoh perisian grafik

  • Microsoft Paint atau Paint Brush (aplikasi sedia ada di dalam Microsoft Windows)


  • Perisian yang lebih canggih dan kompleks seperti Adobe Photoshop , Corel Painter , Paint Shop Pro , Corel Photo Paint , Photo Impact dan lain-lain.


Perisian  Utiliti

  • Perisian utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian utiliti telah lama disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendalian utama.
  • Contoh : Disk clean-up Disk defragmenter Perisian antivirus Penjagaan cakera keras , dan Sistem sokongan (back-up).

Monday 13 February 2017

19:15

Cara menggunakan HDTune

Apa khabar korang semua?!So hari ini aku akan terangkan cara-cara menginstall HdTune (trial) dan cara menggunakannya.Ini salah satu langkah untuk memastikan bahawa korang sentiasa melakukan check up pada hard disk/hard drive korang.So jom baca!πŸ‘€


Cara Install HD Tune Pro (Trial)



1. Klik dua kali pada Installer HDTunePro.Kemudian,klik next.




2. Klik pada I accept the agreement.Klik next.




3. Pilih destinasi folder dimana HDTunePro akan diinstall.Klik next.




4. Klik next.




5. Klik next.




6. Klik Install.




7. Tunggu sehingga proses Instalasi selesai.




8. Klik finish.




9. Klik Ok.


Cara menjalankan proses Benchmark,Health Check dan Error Scan.
Benchmark.



1. Klik pada benchmark.Kemudian pilih drive yang hendak di periksa dan klik start.



2. Proses benchmark selesai.



Health Check.


1. Klik pada Health untuk Health Check.Di sini ia akan memaparkan masalah pada hard disk anda.




Error Scan.


1. Klik pada error scan.Klik Quick Scan(jika mahukan full scanning,maka jangan klik pada Quick Scan.



2. Tunggu sehingga proses scanning selesai.



3. Proses scanning selesai.Jika semua kotak bewarna hijau maka harddisk anda bebas dari sebarang kerosakan.Jika ada kotak bewarna merah,maka harddisk anda berkemungkinan besar mengalami kerosakan.


P/S:Abaikan game di belakang haha and yes , aku seorang dota player tapi takdelah pro mana hehe.
Kalau untuk box kanan yang memaparkan spesifikasi komputer/laptop , rahsia hehe kalau nak follow gmail aku dan jangan lupa email untuk link tersebut 😁

Setakat ini sahaja entri kita kali iniπŸ˜„Jangan lupa follow gmail aku untuk dapatkan posting terkini dan sentiasa support aku!Bukan senang nak tengok orang melayu kita komited dalam blog macam ini kanπŸ‘Œ?Ok guys jumpa lagi! ChiawwπŸ‘‹πŸ‘‹!!


Sunday 12 February 2017

16:41

TOPOLOGI RANGKAIAN

πŸ‘‹Apa khabar korang semua? untuk topik hari ini mengenai topologi.Secara amnya kalau korang ambil kursus rangkaian , kita akan belajar mengenai 4 topologi asas yang mudah iaitu , topologi cincin , topologi bintang , topologi bas dan topologi pokok.Akan tetapi sebenarnya ada banyak lagi jenis topologi yang lain.Topologi ini digunakan dalam pelan pembangunan rangkaian.Ianya digunakan mostly untuk kerja pelan rangkaian menggunakan Microsoft Visio. Dan untuk hari ini aku akan ceritakan tentang semua jenis topologi.πŸ‘‹✌



TOPOLOGI


Pengenalan

Topologi Rangkaian adalah penerangan skematik susunan rangkaian, menghubungkan pelbagai nod (pengirim dan penerima) melalui talian sambungan.


*kredit  diberikan kepada www.ariflaw.blogspot.com*


JENIS TOPOLOGI
Topologi Bas
➽Topologi Bintang
➽Topologi Cincin
➽Topologi Pokok
➽Topologi Mesh
➽Topologi Hybrid



Topologi Bas





  • Topologi Bas ini pula sejenis rangkaian di mana setiap komputer dan rangkaian peranti disambungkan kepada kabel tunggal.

Ciri-ciri Topologi Bas

  • Ia menghantar data hanya dalam satu arah.
  • Setiap peranti disambungkan kepada satu kabel


Kelebihan Topologi Bas

  • Ia adalah kos yang berkesan.
  • Kabel diperlukan kurangnya berbanding dengan topologi rangkaian yang lain.
  • Digunakan dalam rangkaian kecil.
  • Ia adalah mudah untuk memahami.
  • Mudah untuk mengembangkan menyertai dua kabel bersama-sama.


Kelemahan Topologi Bas

  • Kabel gagal maka seluruh rangkaian gagal.
  • Jika trafik rangkaian adalah berat atau nod lebih prestasi rangkaian berkurangan.
  • Kabel mempunyai panjang yang terhad.
  • Ia adalah lebih perlahan daripada topologi cincin.


TOPOLOGI BINTANG




  • Dalam jenis ini topologi semua komputer disambungkan ke hub tunggal melalui kabel. Hab ini adalah nod pusat dan semua nod yang lain dihubungkan dengan nod pusat.

Ciri-ciri Topologi Bintang

  • Hub bertindak sebagai pengulang untuk aliran data.
  • Boleh digunakan dengan kabel sambungan twisted pair, gentian optik atau kabel sepaksi.


Kelebihan Topologi Bintang

  • Prestasi yang cepat dengan beberapa nod dan trafik rangkaian yang rendah.
  • Hub boleh dinaik taraf dengan mudah.
  • Masalah pada sambungan mudah diselesaikan.
  • Mudah untuk setup dan mengubah suai.
  • Hanya nod yang rosak tidak berfungsi manakala nod yang lain masih boleh digunakan.


Kelemahan Topologi Bintang

  • Kos pemasangan yang tinggi.
  • Jika hub gagal maka seluruh rangkaian dihentikan kerana semua nod bergantung kepada hub.
  • Prestasi adalah berdasarkan kepada hab yang ia bergantung kepada keupayaannya.


TOPOLOGI CINCIN


*credit goes to www.computerhope.com*


  • Ia dipanggil topologi cincin kerana ia membentuk cincin apabila setiap komputer disambungkan ke komputer lain, manakala komputer yang terakhir disambungkan ke komputer pertama. Tepat dua jiran untuk setiap peranti.

Ciri-ciri Topologi Cincin

  • Beberapa repeater digunakan untuk topologi cincin dengan bilangan besar nod, kerana jika seseorang mahu menghantar beberapa data kepada nod terakhir di dalam topologi cincin dengan 100 nod, maka data akan perlu melalui 99 nod untuk mencapai nod ke-100 . Oleh itu untuk mengelakkan kehilangan data repeater  digunakan dalam rangkaian.
  • Penghantaran adalah satu arah, tetapi ia boleh dibuat dwiarah dengan mempunyai 2 sambungan antara setiap Network Node, ia dikenali sebagai Dual Ring Topologi.
  • Dalam Dual Ring Topologi, dua rangkaian cincin terbentuk, dan aliran data adalah dalam arah bertentangan di dalamnya. Juga, jika satu cincin gagal, cincin kedua boleh bertindak sebagai sandaran, untuk memastikan rangkaian ke atas.
  • Data dipindahkan dengan cara yang berurutan yang sedikit demi sedikit. Data dihantar, perlu melalui setiap nod rangkaian, sehingga nod destinasi.


Kelebihan Topologi Cincin

  • Rangkaian pemancar tidak terjejas oleh trafik yang tinggi atau dengan menambah lebih nod, kerana hanya nod mempunyai token boleh memindahkan data.
  • Murah untuk memasang dan mengembangkan


Kelemahan Topologi Cincin

  • Penyelesaian masalah adalah sukar di gelanggang topologi.
  • Menambah atau memotong komputer mengganggu aktiviti rangkaian.
  • Kegagalan satu komputer mengganggu keseluruhan rangkaian.


TOPOLOGI POKOK




  • Ia mempunyai nod bertapak dan semua nod lain disambungkan kepadanya membentuk hierarki. Ia juga dikenali sebagai topologi hierarki. Ia sekurang-kurangnya harus mempunyai tiga tahap hierarki.


Ciri-ciri Topologi Pokok 

  • Ideal jika stesen kerja berada dalam kumpulan.
  • Digunakan dalam Rangkaian Kawasan Luas.


Kelebihan Topologi Pokok

  • Lanjutan bas dan bintang topologi.
  • Pengembangan nod adalah mudah.
  • Mudah diuruskan dan dikekalkan.
  • Pengesanan ralat/kerosakan mudah dilakukan.


Keburukan Topologi Pokok

  • Banyak berkabel.
  • Mahal.
  • Jika nod ditambah penyelenggaraan adalah sukar.
  • Jika pusat hab gagal maka rangkaian gagal.


TOPOLOGI MESH




  • Ia adalah sambungan titik-ke-titik nod atau peranti lain. Semua nod rangkaian dihubungkan antara satu sama lain. Mesh mempunyai n (n-2) / 2 saluran fizikal untuk menghubungkan n peranti.


Terdapat dua teknik untuk menghantar data melalui topologi Mesh, mereka adalah:

  • Routing
  • Flooding

Routing

  • Dalam routing, nod mempunyai logik routing, sebagai satu keperluan rangkaian. Like laluan logik untuk mengarahkan data untuk sampai ke destinasi menggunakan jarak yang singkat.


Flooding

  • Didalam Flooding, data yang sama dihantar kepada semua nod rangkaian, dengan itu tiada laluan logik diperlukan. Rangkaian ini adalah kukuh, dan yang sangat tidak mungkin kehilangan data. Tetapi ia membawa kepada beban yang tidak diingini melalui rangkaian.


Ciri-ciri Mesh Topologi

  • Siap sepenuhnya.
  • Tidak fleksibel.


Kelebihan Topologi Mesh

  • Setiap sambungan boleh membawa beban data sendiri.
  • Kerosakan didiagnosis dengan mudah.
  • Menyediakan keselamatan dan privasi.


Kelemahan Topologi Mesh

  • Pemasangan dan konfigurasi adalah sukar.
  • Kos Cabling lebih.
  • Pendawaian besar diperlukan.


TOPOLOGI HYDRID




  • Ia adalah dua jenis topologi yang merupakan campuran dua atau lebih topologi. Sebagai contoh jika di sebuah pejabat di satu jabatan menggunakan topologi cincin dan dalam masa yang sama topologi bintang lain digunakan, perhubungan antara dua topologi ini akan menghasilkan Topologi Hybrid (topologi cincin dan topologi bintang).



Ciri-ciri Topologi Hybrid

  • Ia adalah gabungan dua atau topologi
  • Mewarisi kebaikan dan keburukan topologi termasuk


Kelebihan Topologi Hybrid

  • Boleh mengesan ralat dan proses troubleshooting yang mudah.
  • Berkesan.
  • Fleksibel.


Kelemahan Topologi Hybrid

  • Kompleks dalam reka bentuk.
  • Mahal.
Penutup

  • Kesimpulannya , kebanyakkan makmal komputer di sekolah menggunakan topologi bas kerana mudah diselenggara dan juga  kemas.Tambahan lagi , proses untuk membuat pelan/plan visio juga mudah dan menyenangkan.


Baiklah setakat ini sahaja yang mampu aku kongsikan untuk korang semua.Jangan lupa Share dengan kawan korang.Support lah Malaysian blogger sikit!Hehe.Kalau ada sebarang pertanyaan jangan malu untuk bertanya ok?πŸ‘ŒChiaww!!πŸ‘‹πŸ‘‹

Saturday 11 February 2017

14:40

INPUT AND OUTPUT DEVICES

Apa khabar korang semua?  untuk entry hari ini aku akan terangkan tentang peranti input dan output.Jom baca dan tambahkan ilmu korang so bila cikgu tanya pasal persisian takdelah korang blank/blur je kan?πŸ˜ŠπŸ˜‰

INPUT OUTPUT DEVICES

INPUT DEVICES
Input Devices (Peranti input) adalah merupakan peranti elektrik yang disambungkan pada komputer dan menghasilkan signal input.

Contoh peranti input:-
  • Keyboard
  • Mouse
  • Scanner
  • Microphone
  • Joystick


OUTPUT DEVICES
Ouput adalah hasil daripada aktiviti proses data yang di kendalikan oleh sistem. Output dari komputer boleh juga di cetak atau dipaparkan dan mempersembahkan hasil kerja sesebuah komputer.
Peranti output ialah perkakasan dari komputer yang mampu menghantar atau menunjukkan maklumat kepada satu atau lebih pengguna.

Contoh peranti output:-
  • Printer
  • Monitor
  • Speaker
  • Projector
  • Headphone


Walaubagaimanapun,terdapat juga peranti yang menghasilkan gelombang input dan output.
Contohnya:-
  • Modem
  • Fax
  • CD/DVD
  • Digital Camera


Baiklah , untuk entry hari ini , setakat ini sahaja ilmu yang mampu aku kongsikan.Jika ada sebarang soalan jangan segan untuk bertanya dan jangan "Sesat jalan akibat malu bertanya".Ilmu patut dikongsi bersama so jangan lupa untuk share kepada kawan korang yang mengambil kursus Sistem Komputer dan Rangkaian atau seangkatan dengannya!πŸ‘Œ Terima kasih kerana membaca and Chiaww!πŸ‘‹πŸ‘‹


Friday 10 February 2017

22:52

Perisian pengujian hard drive

✌πŸ‘‹πŸ‘‹Hai guys so hari ini aku nak share sikit lah pasal perisian yang mampu menguji kondisi "dalaman" hard drive ini.Aku sengaja nak kongsi sedikit kerana mungkin ramai yang tidak tahu , kerosakan awal hard disk ni sebenarnya boleh dikesan tanpa membuka unit sistem/laptop korang pun.Hanya dengan menggunakan program ini untuk mengesan kerosakan.

Perisian pengujian hard drive

Ini adalah antara tanda kerosakan hard drive yang perlu diambil tindakan.

 Antara tanda-tanda kegagalan Hard Drive/Disk:

(Dipetik dari laman blog http://picomcare.blogspot.my/2015/12/tanda-tanda-hard-disk-laptopcpu-anda.html)

1. Komputer anda mengambil masa terlalu lama untuk proses booting atau ketika shutdown.
2. Semasa proses boot ianya tersangkut di sesuatu prasa dengan kadar yang sangat lama
3. Jika anda melalukan proses Copy & Paste ianya mengambil masa yang lama untuk disiapkan
4. Mengeluarkan bunyi bising semasa proses boot (bunyi berdetik detik seperti benda tersangkut)
5. Amat sukar untuk di buat partition dan format jika pun saya ingin memformatnya kembali
6. Hard drive  anda menjadi lebih panas dari biasa (jika anda menyentuhnya)
7. Terdapat banyak Bad sector di dalam HD anda jika di lihat mengunakan sofware penjagaan HD
8. Jangka hayat HD anda berada dibawah 50% jika di lihat mengunakan sofware HDLife
9. Terima arahan HD Fail pada black Screen
10. HD tidak kelihatan (terdetected) walau dilihat di dalam BIOS  (Blue Screen)
11. Komputer terus gelap walau butang power dan monitor masih menyala (HD fail)  Akhir sekali jika dibiarkan HD anda langsung tak boleh di masuki apatah lagi untuk ke boot Windows.

Kebanyakan orang mengambil ringan tentang tanda-tanda awal kerosakan antaranya , proses copy-paste file dari (C:) ke internal/external hard drive (D:/E:/F:/G:) memakan masa lebih lama dari biasa ataupun komputer/laptop mengambil masa lama untuk membaca hard disk kita.Golongan ini mungkin menganggap bahawa file yang hendak di copy-paste bersaiz besar sehingga menyebabkan proses tersebut menjadi lama ataupun mereka beranggapan bahawa saiz hard drive mereka besar menyebabkan komputer/laptop menjadi lembab untuk membaca.Korang perlu tahu juga bahawa , prestasi komputer juga dipengaruhi oleh Hard drive bukan sahaja oleh processor , northbridge dan lain-lain.

Jika terdapat banyak bad sector pada hard drive , maka hard disk korang perlu diambil tindakan.Ini adalah antara Program pengujiam hard disk yang aku sarankan.

1. Seagate SeaTools
           


  • Seagate SeaTools adalah perisian penguji pemacu cakera keras yang datang dalam dua bentuk untuk pengguna di rumah:

  • SeaTools untuk DOS menyokong pemacu Seagate atau Maxtor dan beroperasi bebas pada sistem operasi anda pada CD atau USB drive sendiri, menjadikan ia sangat dipercayai.

  • SeaTools untuk Windows adalah satu program yang dipasang pada sistem Windows anda. Anda boleh melakukan ujian asas dan lanjutan daripada apa-apa jenis drive - dalaman atau luaran - dari mana-mana pengilang.


2. HddScan



  • HDDScan adalah program pemacu keras percuma untuk semua jenis pemacu, tidak kira jenis kilang.Terdapat beberapa alat didalam HDDScan, termasuk ujian SMART dan ujian permukaan.
3. DiskCheckup



  • DiskCheckup adalah penguji pemacu cakera keras percuma yang akan bekerja dengan kebanyakan cakera keras. 

  • Maklumat SMART seperti pembaca kadar ralat, masa beroperasi, mendapatkan kadar kesilapan, dan suhu dipaparkan, serta keupayaan untuk menjalankan ujian cakera pendek dan panjang. Maklumat tersebut di Bahagian SMART boleh dikonfigurasikan untuk menghantar e-mel atau memaparkan notis apabila sifat-sifat mereka melebihi had disyorkan pengeluar. 

  • Cakera keras yang mempunyai sambungan SCSI atau perkakasan RAID tidak disokong dan tidak boleh dikesan oleh DiskCheckup.


4. GsmartControl



  • GSmartControl boleh menjalankan pelbagai ujian cakera keras dengan keputusan terperinci dan memberikan penilaian Keseluruhan kesihatan daripada pemacu . GSmartControl boleh menjalankan tiga ujian diri untuk mencari kesalahan pemacu:
  • Short Self-test: Mengambil masa selama 2 minit dan hanya digunakan untuk memeriksa hard drive yang sudah tersedia rosak.
  • Extended Self-test: Mengambil masa sekurangnya 70 minit untuk selesai dan memeriksa keseluruhan hard drive untuk mencari ralat/kerosakan.
  • Conveyance Self-test: Pengujian selama 5 minit yang sepatutnya mencari kesan kerosakan yang berlaku semasa memindahkan hard drive atau semasa copy-paste.

5. Windows Drive Fitness Test (WinDFT)




  • Windows Drive Fitness Test adalah perisian diagnotik pemacu keras percuma untuk digunakan pada kebanyakan pemacu terdapat hari ini.

6. Samsung HUTIL





  • Samsung HUTIL adalah utiliti diagnostik cakera keras (hard drive/disk) percuma untuk cakera keras Samsung. HUTIL kadang-kadang dipanggil ES-Tool. Alat HUTIL Samsung boleh didapati sebagai imej ISO untuk ditukar ke CD atau USB drive. Ini menjadikan HUTIL sistem operasi bebas dan alat ujian yang lebih baik, secara umum, daripada yang direka untuk digunakan dalam Windows. Ia juga mungkin untuk menjalankan HUTIL dari cakera liut yang boleh diboot.
7. Western Digital Data Lifeguard Diagnostic (DLGDIAG)




  • Western Digital Data Lifeguard Diagnostic (DLGDIAG) ialah perisian penguji pemacu cakera keras yang percuma direka untuk cakera keras berjenama Western Digital sahaja.
  • Perisian Western Digital Data Lifeguard Diagnostic boleh didapati sebagai muat turun mudah alih program Windows dan juga, format ISO yang bootable dan membolehkan beberapa ujian cakera keras.


8. Bart's Stuff Test




  • Bart's Stuff Test adalah percuma, ujian pemacu keras berasaskan-windows.Tidak ada banyak pilihan di Bart's Stuff Test dan ia tidak teliti seperti beberapa penguji lain.
9. Fujitsu Diagnostic Tool




  • Fujitsu Diagnostic Tool ialah penguji pemacu cakera keras yang percuma dan direka bagi pemacu keras Fujitsu.The Fujitsu Diagnostic Tool (FJDT) terdapat di dalam kedua-dua versi Windows dan sistem operasi bebas, versi DOS boot. Malangnya, versi bootable direka untuk cakera liut - imej yang bekerja dengan CD atau pemacu USB tidak boleh didapati.Dua ujian boleh didapati dengan Fujitsu alat diagnostik, "Quick Test" (kira-kira 3 minit) dan "Comprehensive Test" (masa akan berbeza-beza mengikut saiz pemacu keras).

10. HD Tune




  • HD Tune ialah penguji pemacu keras berasaskan Windows yang bekerja dengan mana-mana pemacu, SSD, atau kad memori keras dalaman atau luaran.
  • Anda boleh menjalankan ujian membaca tanda aras dengan HD Tune, menyemak status kesihatan dengan sendiri Pemantauan Analisis dan Teknologi Pelaporan (SMART), dan jalankan imbasan kesilapan.
11.    Free EASIS Drive Check




  • Free EASIS Drive Check ialah penguji cakera keras yang mempunyai dua utiliti ujian utama terbina dalam - ujian sektor dan pembaca nilai SMART.Ujian SMART boleh menyenaraikan lebih 40 nilai kira-kira keras semasa ujian sektor memeriksa permukaan media untuk bacaan ralat.Laporan ujian sama ada boleh dibaca lurus dari program ini apabila lengkap, dikonfigurasikan untuk dihantar kepada anda melalui e-mel, atau dicetak.

12. Microsoft Windows Built-In Error Checking




  • Error Checking, kadang-kadang dirujuk sebagai SANDISK, ialah alat ujian penguji cakera keras yang datang dengan Microsoft Windows yang boleh mengimbas cakera keras anda untuk mencari pelbagai kesilapan.

13. Macrorit Disk Scanner




  • Macrorit Disk Scanner adalah program yang sangat mudah yang memeriksa bad sector pada cakera keras. Ia mudah untuk digunakan, memasang dengan cepat, dan bahkan boleh didapati sebagai program mudah alih.


  • Majoriti skrin ini digunakan sebagai gambaran visual kemajuan imbasan dan jelas menunjukkan jika ada kerosakan.

14. Ariolic Disk Scanner




  • Ariolic Disk Scanner adalah sangat serupa dengan Macrorit Disk Scanner kerana ia hanya satu sahaja imbasan membaca pemacu untuk memeriksa sektor buruk. Ia mempunyai antara muka yang minimum dengan hanya satu butang dan mudah untuk memahami jika mana-mana bahagian pemacu mengandungi sektor buruk.
  • Program ini adalah mudah alih dan hanya lebih  kurang 1 MB.

Penutup


  • Kesimpulannya,kesemua program di atas kebanyakannya mempunyai fungsi yang sama iaitu mengimbas dan menguji pemacu cakera keras bagi mengesan ralat/kerosakan yang berlaku.
  • "Akan tetapi bagi aku , aku sarankan muat turun HDTune sebab fungsi nya yang memang terbaik dan mudah digunakan bagi yang baru berjinak dalam penjagaan dalaman hard drive/disk."
So ini sahaja untuk entry hari ini.Jika ada soalan jangan malu untuk bertanya aku bukan makan orang pun haha.Ok nantikan entry seterusnya yaπŸ‘ŒπŸ‘Œ? Chiaww!!πŸ‘‹πŸ‘‹