Sharing knowledge about Computer system and Networking course.

Post Top Ad

Pages

Thursday 9 February 2017

Ancaman Komputer ( Jenis Virus )

πŸ‘‹Assalamualaikum guys aku mintak maaf sebab sejak 2 hari ini aku tak kongsi apa-apa ilmu.Sejak dua hari sebelum ni,aku busy buat assignment dan presentation aku.Dan hari ini aku post lambat sebab aku berehat kat luar alang-alang cuti sehari kita release stress sepuasnya sebab assignment dah settleπŸ‘ŒπŸ‘.So untuk hari ini aku kongsi pasal Ancaman Komputer.

Tujuan aku berkongsi tajuk ini kerana kebanyakan pengguna komputer,laptop mahupun telefon tidak tahu apa itu ancaman dan software yang memberi ancaman pada kita dalam diam.So jom baca!

Ancaman Komputer


Definisi Ancaman Komputer

Maksud ancaman computer ialah ancaman yang disebabkan oleh penggunaan komputer yang tidak sah,ancaman dari kerosakan akibat pencerobohan,bencana semula jadi dan kemusnahan. Ancaman boleh menjadi sama ada "sengaja" (iaitu, pintar; contohnya, penggodam (hacker) berindividu atau organisasi jenayah) atau "tidak sengaja" (contohnya, komputer rosak, atau kemungkinan berlaku bencana alam seperti gempa bumi dan banjir).Hacker yang aku maksudkan ini bukan macam dalam WeChat tu ye yang mengaku diri sendiri hacker and hack WeChat awek dia padahal dia mintak password.Bana kau.πŸ˜‚πŸ˜‚









Jenis-jenis ancaman computer



  1. Virus
  2. Adware
  3. Brute force
  4. DDOS
  5. Exploit
  6. fake anti virus
  7. HOAX
  8. Key logger
  9. Malware
  10. Pishing
  11. Rootkit
  12. Spam
  13. Spyware
  14. Trojan
  15. Worm





Adware
Adware merupakan sebuah program yang akan menampilkan iklan pada komputer. Akan mengganggu kerana adware biasanya akan menggunakan sumber dari komputer, akibatnya komputer akan berfungsi dengan lambat. Ada juga jenis adware yang muncul secara pop-up yang mengganggu saat anda sedang bekerja.


 Brute Force
Merupakan kegiatan untuk menggodam password dengan cara menggabungkan angka dan huruf secara berurutan. Sangat berbahaya jika teknik ini orang lain menggunakan untuk mengetahui password anda kemudian disalahgunakan.Untuk mengatasi masalah ini, ada baiknya password yang digunakan tidak hanya terdiri dari angka dan huruf tetapi juga terdiri dari simbol seperti $, #, &, dan lain-lain.



DDoS
Merupakan singkatan dari Distributed Denial of Service, dimana sebuah server atau komputer diserang dengan dihujani kiriman data dalam ukuran yang sangat besar oleh banyak komputer secara bersamaan. Akibatnya komputer tersebut sukar untuk diakses atau perangkat keras (Hard disk) rosak kerana tidak mampu menampung kiriman data yang sangat besar.

Exploit
Iaitu sebuah aplikasi yang berusaha mencari dan menyerang kelemahan dari sistem untuk mendapatkan akses atau dengan tujuan menjangkiti sistem atau komputer.

Fake Antivirus
Cara kerjanya adalah dengan membuat seolah-olah komputer terkena virus dan menyarankan untuk membeli antivirus untuk mengatasi virus tadi.

Hoax
Iaitu berita bohong yang biasa disebarkan melalui email atau website. Kesannya adalah tersebar berita palsu akibat ramai pembaca yang tertipu. Akibat lainnya adalah membebankan jaringan internet kerana dari berita bohong tersebut yang disampaikan ke orang lain.

Keylogger
Merupakan salah satu ancaman yang cukup berbahaya. Keylogger akan merakam input yang dimasukkan melalui keyboard untuk disimpan atau dikirimkan ke seseorang yang biasanya digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Hal ini harus diwaspadai apabila anda memasukkan password di tempat-tempat umum seperti cyber cafe. Password yang anda masukkan melalui keyboard dapat diketahui dan boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik.
Salah satu cara terhindar dari keylogger adalah dengan menggunakan On Screen Keyboard ketika mahu menaip password. On Screen Keyboard boleh dibuka dari dari program Windows yang berada pada Program| Accessories| Accessbility atau dengan menaip “osk” dari Start| Run pada Operating System Windows.




Malware
Biasanya terdapat pada bootsector pada harddisk, kemudian mengubah program yang pertama kali dijalankan. Sistem pertama yang biasanya terkena impaknya adalah Sistem Operasi. Jangkitan pada Sistem Operasi ini memudahkan malware untuk menyebarkan diri atau menyebarkan virus pada media penyimpanan seperti CD ROM atau Flash Disk.

Phishing
Adalah bentuk penipuan di internet dengan membuat seseorang mahu memberikan informasi penting yang tidak berhak diketahuinya. Misalnya, dengan membuat sebuah website yang mirip dengan website sebuah bank. Seorang mangsa tidak menyedari dia telah tertipu kemudian memasukkan password lalu diketahui oleh pemilik website tersebut..

Rootkit
Iaitu program yang bertujuan menyembunyikan program lain yang berjalan. Biasa digunakan untuk menyebarkan malware, virus, atau keylogger.

Spam
Memasukkan email yang tidak diharapkan. Biasanya merupakan email iklan atau menjadi umpan agar seseorang mengunjungi website tertentu yang sebenarnya merupakan phising atau untuk menyebarkan malware. Pesanan dikirimkan dalam jumlah banyak sehingga memerlukan waktu untuk menghapusnya.


Spyware
Merupakan program yang berfungsi untuk memerhati pengguna dengan tujuan mendapatkan informasi penting seperti nombor kad kredit, PIN atau password yang dapat merugikan mangsa karena bocornya informasi tersebut.

Trojan
Bertindak seolah-olah dirinya dalah program baik yang dapat digunakan untuk membantu pekerjaan pengguna. Tetapi, sebenarnya di dalamnya terdapat fungsi yang membahayakan sistem secara keseluruhan atau untuk mencuri maklumat rahsia. Trojan mudah menyebar ke komputer lain.

Worm
Adalah malware yang dapat menggandakan diri kemudian mengirimkan hasil penggandaan dirinya melalui jaringan tanpa harus ada aktiviti tertentu yang dilakukan user. Worm amat berbahaya kerana dapat menjadi pintu masuk bagi virus, malware atau program perosak lainnya.







Kesan ancaman terhadap komputer


  • Kelajuan komputer menjadi amat perlahan.
  • Komputer tidak dapat dihidupkan.
  • Mouse pointer di skrin bergerak sendiri.
  • Pacuan CD/DVD keluar dan masuk sendiri.
  • Fail/Data tidak dapat dibuka.
  • Pacuan Keras (Hard Disk) tiba-tiba menjadi penuh & tidak dapat menampung data-data baru.
  • Virus, cecacing, kuda Trojan boleh merosakkan data pada komputer pengguna.
  • Menjangkiti komputer lain, melemahkan keselamatan komputer.
  • Semua jenis ancaman dan risiko keselamatan yang serius boleh menjejaskan operasi perniagaan, penggunaan rangkaian, dan prestasi komputer semasa melakukan banyak tugas.



Contoh ancaman komputer

Adware



Brute Force




Fake anti virus



Key logger



Phishing



Spam



Spyware



Trojan



Worm




So jika korang ada terkena salah satu contoh diatas dengan tanda-tanda yang jelas,korang boleh ikut cara aku.

  1. Download http://www.smadav.net
  2. Download https://www.360totalsecurity.com/en/
  3. Scan laptop korang dengan SMADAV dahulu dan ikut apa yang dia suruh.
  4. And then guna 360security untuk daily check up dan guna 360Internet security untuk secure page dari virus-virus tak guna tu.
  5. Pada pandangan aku,tak kira lah komputer/laptop kau ada processor i7 ke , guna MSI ke, Mac ke kalau tak reti lindung dari terkena virus tak guna jugak.Sebab komputer/laptop ni masih memerlukan arahan untuk menjalankan sesuatu perkara and dia tak boleh automatik buang virus kalau terkena.So sentiasa berhati-hati melayari internet dan lakukan scanning jika menggunakan pendrive member,cikgu mahupun family korang.
So untuk entry hari ini setakat ini sahaja thank you sebab membaca dan nantikan entry seterusnya..Chiaww!!!πŸ‘‹πŸ‘‹

6 comments: