Bro IT (Information Technology)

Sharing knowledge about Computer system and Networking course.

Post Top Ad

Pages

Tuesday 21 February 2017

21:07

HDD (HARD DISK DRIVE)

✌✋πŸ‘‹Apa khabar para pembaca sekalian?Untuk tajuk hari ini aku akan kongsikan tentang apa itu Hard Disk Drive.Hard disk ini boleh dikatakan wajib ada kerana ia menyimpan fail-fail os yang kita install.Tak percaya?Cuba cabutkan Hard disk korang (internal tau bukan external)☝.Pasti sangkut bila try nak start sama ada keluar sama ada missing bootmgr,hard disk inecessible dan lain-lain.

NTFS (NEW TECHNOLOGY FILE SYSTEM)

NTFS berasal dari HPFS sistem fail dengan kerjasama Microsoft dan juga IBM. NTFS hadir pada mulanya hanya untuk platform Windows NT. Akan tetapi ia telah berkembang dan muncul dalam versi Windows terbaru seperti Vista, XP dan seterusnya.Ia juga menyokong harddisk berkapasiti lebih dari 20GB.

HARD DISK DRIVE & SOLID STATE DRIVE

HARD DISK DRIVE (HDD)



HDD menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada (platter) yang akan berputar. Semakin laju platter tersebut berputar, maka semakin pantas respon HDD tersebut(eceh macam jawab soalan sains pulak hehe). HDD yang berada dipasaran kebiasaanya diantara 5400 RPM (Rotation Per Minutes) atau 7200 RPM. Tetapi terdapat juga HDD yang mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM! HDD juga mempunyai 2 saiz yang berbeza yakni 2.5 inci (selalunya digunakan pada laptop atau external harddisk) dan 3.5 inci. Selain daripada saiznya , perbezaan connector juga dapat dilihat. Antara 2 jenis connector yang diketahui iatu IDE dan SATA.



Gambarajah kanan menunjukkan IDE HDD manakala kiri ialah SATA HDD
*nampak sama tetapi masih boleh dibezakan pada port hard disk tersebut*☝

  

SOLID STATE DRIVE (SSD)



SSD ini menyerupai pendrive dan telah diperbesarkan kapasitinya. SSD ini diperbuat dari NAND-based flash memory atau dengan erti lain ia menggunakan non-volatile memory. Disebabkan SSD tidak mempunyai piring yang berputar, ia mampu mempercepatkan proses pemindahan data. Hingga ke saat ini, SSD hanya mempunyai satu saiz sahaja iaitu 2.5 inci. Kabel sambungan menggunakan soket SATA.



MASTER & SLAVE

Penggunaan istilah master dan slave biasanya digunakan jika kita menggunakan dua buah hardisk atau lebih (SATA atau IDE). Hard disk master adalah hard disk yang mengandungi OS (operating sistem seperti Windos XP, Vista, dan lain-lain) manakalu hard disk slave bermaksud hardisk kedua atau seterusnya yang digunakan untuk menyimpan data. Hard disk Master mempunyai bahagian Primary master dan secondary master. Begitu juga Slave. 

SATA & PATA(IDE)

PATA (IDE) dan SATA adalah dua jenis antara muka untuk menyambung peranti penyimpanan (seperti hard disk) kepada sistem bas komputer. SATA bermaksud Serial Advanced Technology Attachment (atau Serial ATA) dan IDE juga dikenali sebagai Parallel ATA atau PATA. SATA adalah pemacu standard dan SATA lebih baru lebih cepat daripada PATA (IDE) pemacu. Selama bertahun-tahun ATA menyediakan sistem biasa dan antara muka paling murah. Pada awal tahun 2007, SATA telah banyak menggantikan IDE dalam semua sistem baru.
Berikut adalah perbezaan antara SATA dan PATA:

SATA

Acronym  

  • Serial ATA atau Serial Advanced Technology Attachment


Kelebihan 

  • Murah dan mempunyai kapasiti simpanan yang besar.

Kekurangan

  • Kurang sesuai untuk pelayan(server)


Kelajuan


  • Pemindahan data pada kadar 150MB/ s hingga 600MB / s.


Tahun dicipta

  • 2003



PATA


Acronym
  • IDE: Integrated Drive Electronics 
  • PATA: Parallel Advanced Technology Attachment

Kelebihan
  • Kesusaian yang maksimum

Kekurangan
  • Tidak mempunyai sokongan untuk teknologi baru seperti native command queing dan hot plugging hard drives

Kelajuan
  • Pemindahan data pada kadar sehingga 133 MB/ s

Tahun dicipta
  • 1986

Jadi macam mana menarikkan topik hari ini✋?Ada ilmu baharu yang korang dapat?Kalau ada topik yang hendak aku ketengahkan , jangan segan untuk email aku atau komen pada ruangan komen di bawahπŸ‘.Jangan lupa followπŸ‘Œ!(Bukan paksaan laaaaa).Kongsikan pada rakan tak kisah di Facebook ataupun media social lain.Support blogger melayu bebπŸ‘πŸ‘Œ!!Hehe chiawwwww✊πŸ‘ŠπŸ‘‹πŸ‘‹!!